Halaman Utama

Selamat Datang ke Web ini. Dalam laman ini, adalah catatan pengalaman  dan perjalanan hidup penulis. Pelbagai aktiviti dimasukkan dalam  web ini. Ini termasuklah  penceritaan “Jalan-Jalan Cari makan”. Dalam hal ini penulis  akan memberikan gambaran berkaitan dengan keistimewaan sesuatu tempat yang dikaitkan dengan makanan yang istimewa di tempat itu. Misalanya makanan tempatan di daerah Muar. Sebab itulah orang akan menyebut Me Bandung Muar. Daerah ini dikaitkan dengan Mee Bandung. Nasi berani biasa dan nasi berani gam  pula sinonim dengan  daerah Batu Pahat.Nasi berani Md Shah terkenal di kalangan penduduk tempatan di daerah Batu Pahat. Begitu juga nasi berani gam dikaitkan dengan Restoran di Taman Soga. Ini semua dapat menarik pelancung yang sememangnya untuk menikmayi resepi tersebut.

 

Tidak ketinggalan juga, dalam web ini  dicatatkan perjalanan lawatan ke negara luar seperti ke Indonesia, Singapura dan juga Vietnam. Catatan yang dimasukkan ini adalah pengalaman penulis sendiri untuk dikongsi bersama dengan para pembaca. Misalnya catatan pengalaman penulis ke Jawa Timor. Ini menuju ke Gunung Bromo, Malang, dan Surabaya serta Madura. Di daerah Jawa Tengah pula, penulis cuba memberi gambaran perjalanan ke Semarang, Kampung Gajah, Demak, Solo, Yogjakarta  di  Indonesia.

Perjalanan ke Bandung dan Jakarta juga dicatatkan dalam web ini.Selain daripada itu, initerari ke Sumatera Barat (Padang-Bukit Tinggi) juga di paparkan. Ini termasuk tempat-tempat menarik di Padang seperti Jambatan Siti Nurbayag, Pantai Padang, Air Terjuh, Bukit Tinggi, Istana Pagar ruyung, Keluk 44 dan juga rumah Pak Hamka di Tasik Meninjau di Indonesia. Kesemua tempat-tempat ini menarik dan sesuai dilawati oleh para pengunjung. Tidak ketinggalan juga catatan pengalaman ke Pekan Baru juga dimasukkan sama. Ini memberi gambaran tempat-tempat tersebut adalah istimewa untu dilawatinya.

Juga pengalaman lawatan ke Danau Toba juga dipaparkan sama. Prapat dan juga Medan menjadi tempat distinasi untuk dilawati.