Teks Ucapan

Teks Ucapan Persaraan

Assalammualaikum w.h.t dan salam sejahtera…
Yang saya hormati Tuan Pengarah
Timbalan Pengarah,
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar,
Pensyarah-Pensyarah Kanan
Pensyarah Akademik
Staf Sokongan dan Para Pelajar yang saya kasihi sekelian.

Hari ini 22 hb April 2018 , merupakan detik besejarah bagi saya.  Alhamdulilah Allah memberi rezeki tubuh badan yang sihat dan kekuatan untuk saya  meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah.

Terima kasih kepada pihak pihak IPGKTHO khususnya JK Majlis Rasmi  yang mengatur majlis pada hari ini.Terima kasih kepada juga kepada semua pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih yang hadir.

Pelbagai soalan yang diajukan kepada saya. Bila nak besara? . Berapa kali Jumaat lagi? Berapa hari lagi ? Soalan lain ditanya,apa perancangan bila dah besara?.Ada juga orang bertanya apa perasaan saya di hari terakhir nanti meninggalkan perkhidmatan. Semua soalan tidak boleh dijawab tapi saya sudah bersedia menghadapinya dan bersedia untuk bersara segi psikologi dan fizikalnya. Kadang-kala timbul perasaan dihati apabila saya mula berhijrah, sepatutnya sudah lama saya bersara apabila semua cita-cita dan memiliki keluarga  bahagia dan sempurna tercapai. Apa lagi saya nak kejar di dunia ini?  Bekalan kita masih tidak lagi sempurna untuk kehidupan di akhirat nanti.

Hari ini saya bersyukur semakin menghampiri garisan penamat dalam perkhidmatan. Dalam tempoh saya berkhidmat dalam sistem pendidikan, saya masih dalam keadaan yang sihat walafiat walaupun perlu makan ubat setiap hari. Alhamdulilah sepanjang perkhidmatan ,saya bersyukur ada isteri, ada keluarga  yang amat perihatin dan setia kepada  saya dan sehingga kini  dan dapat menjalani kehidupan dengan penuh kebahagian dan keberkatan. Semuga seluruh hasil kerja yang saya buat,  Allah akan memberi pahala , ganjaran  amalan-amalan baik dalam usaha mendidik dan melahir bakal guru. Mungkin kita berutung dilahir sebagai guru  dan pensyarah , di mana anak murid kita bertebaran seluruh Malaysia hasil didikan kita. Cuba bayangkan betapa besarnya pahala dan ganjaran Allah jika kita di IPG istigomah dalam niat berkerja seharian. Di IPG kita cuba hendarkan sikap ujud, riak, ego, sombong, takabur sebalik nya  cuba bersikap tawaduk pada diri.

Kita berupaya membina kehidupan dengan penuh perancangan tapi takdir menentukan. Kadang-kadang kita tidak tahu, qada’ dan qadar, ujian Allah dan rezeki datang dari mana-mana yang kita tidak sangka dan kadang-kadang ujian datang dalam kita tidak bersedia menghadapinya. Itulah takdir kehidupan yang pasti kita hadapi.

 

Berakhir saya dalam perkhidmatan ini , bermakna sudah 37 tahun 8 bulan sebagai Penjawat Awam. Saya pernah berkhidmat di sekolah selama 2 tahun di Sekolah Rendah iaitu SK Bukit Besar dan SK Bandar Tenggara dan 6 tahun di SMK Tan Sri Jaafar Albar. Kemudian beralih tempat tugas sebagai pensyarah di IPG Kampus Dato Razali Kuala Terengganu(Dulu dikenali sebagai MP Kuala Terengganu Batu Rakit) selama 6 tahun.

 

Saya mula berkhidmat di IPGKTHO mulai 16/12/1996.Ini bermakna saya telah  berada IPGKTHO ini selama 22 tahun di bawah kepimpinan 11 orang Pengarah/Pengetua. Dulu saya ditempatkan di Jabatan Kajian Sosial sebagai Ketua Unit Kajian Tempatan dan juga Timbalan Ketua Jabatan Kajian Sosial. Selepas menamatkan pengajian Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan), saya di tempatkan di Jabatan Teknologi Pendidikan.Seterusnya Jabatan ini dimansuhkan, maka saya diserapkan di Jabatan Ilmu Pendidikan sehingga kini

Banyak kenangan  yang tidak akan saya lupakan.Kenangan berupa pengalaman yang  sangat bermakna dan bernilai dalam kehidupan.

Pengalaman membawa pelajar-pelajar Kajian Tempatan ke Pusat Perhilitan Kuala Gandah. Lanchang Pahang sangat bermakna  Begitu juga membawa pelajar-pelajar  ke Taman Negara Endau Rompin dalam siri ekspisidi Kajian Tempatan. Projek Pendidikan Alam Sekitar di Kuala Sedili Besar dan LKIM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Alam Sekitar Negeri Johor. Membawa pelajar  berkhemah di Sedili Kecil dalam program pengayaan Kajian Tempatan .Tidak ketinggalan projek anak angkat di Desa Temu Jodoh di bawah kelolaan Unit Kajian Tempatan.  Begitu juga membawa pelajar-pelajar  ke program Tasik Chini di Pahang. Itu semua tinggal kenangan semasa saya  berada dalam Jabatan Kajian Sosial.

Terima kasih semua, majlis hari ini tersangat istimewa. Semua penghargaan ini tersimpan dilubuk hati, orang berhati mulia akan mengenang budi orang.

Bagi saya, kita  jangan memikir antara kita siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kita mesti selalu dalam situasi menang-menang,kata orang umpama menarik rambut dalam tepung jangan sampai ia terputus.

 

Pesanan saya untuk pelajar-pelajar…..

 

Dalam hidup ini ingat ,
Jika kita tak mampu membuat semua,
Jangan kita tinggal semua

 

Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam
Jika anda mahu membuat sesuatu anda akan cari jalan,
Jika anda tidak mahu membuat sesuatu ,anda akan cari alasan dan mencari kelemahan .

Percayalah…….

Orang yang biasa tapi kerjanya luar biasa, hasilnya akan luar biasa,
sesuatu yang biasa dilakukan secara luar biasa
hasilnya luar biasa, kita mampu berkerja luar biasa,
kecuali orang yang tidak luar biasa dan berkerja biasa-biasa saja .
tapi bila bercakap ialah yang luar biasa, boleh buat semua perkara

 

Kita nak cemerlang ,
jangan mencari salah orang lain,
Kenal potensi diri dan semak hasil kerja kita dan buktikan kita sememang dan selayaknya cemerlang,
Cemerlang bukan dalam borang tapi hasil kerja dan penilaian orang lain dan kerja berkualiti dibuktikan.

 

Pelajar-pelajar sekalian…….

Jangan lihat apa yang telah kamu selesaikan,
tapi lihat apa yang belum kamu selesaikan,
Kerja kita konsisten.Istikomah dalam kerja

Jika nak berjaya,jadilah orang yang mencari peluang dan jangan jadi orang yang menunggu peluang.

Orang berjaya kita akan nampak ia berusaha untuk berjaya,tapi orang yang gagal akan berusaha mencipta alasan
untuk keselesaan dirinya bukan untuk berjaya.

Kadang kali kita terlalu ingin apa yang orang lain dapat,
tapi kita lupa kita sudah miliki apa yang Allah berikan kepada kita.

Kenal kehebatan kita kerana  Allah merezekikan.

 

Saya akan bersara ,saya tidak pencen,
ayam yang pencen tiada nilai hanya untuk disembeleh dibuat lauk,
tapi orang bersara bertambah kualiti kehidupan dunia dan akhirat,


Sebelum mengundur diri ingin saya berpantun …..

 

Pantun orang bersara

 

Orang bersara hatinya gembira

Hidup aman sebagai pesara

Kerja tidak perlu hidup disara

Nilai prestasi sudah tak dikira

 

Cukup bulan dapat bayaran

Buat belanja lauk dan sayuran

Sekali sekala mencari hiburan

Pergi melancong bersama jiran

 

Makan dan pakai hanya ala kadar

Jangan sampai masih tak sedar

Amalan yang buruk wajib dihindar

Jangan ditentang qada dan qadar

 

Hidup bersara terasa lega

Tiada Penarafan .Tiada ISO dan Tiada MQA

Tidak banyak hati perlu dijaga

Hanya bermesra dengan jiran tetangga

 

Kepada Pengarah, Timbalan pangarah, Pensyarah Kanan, Pensyarah Akademik Staf sokongan dan anak-anak pelajar semua, bersaksi majlis dalam dewan ini saya memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, jika selama ini saya melakukan kesalahan baik segi perbuatan atau tutur kata atau segi bahasa . Terima kasih utucara majlis hari ini yang tersangat istimewa dan saya sekeluarga amat terhutang budi dan menghargai.

 

Sekian yang lemah datang dari saya, yang sempurna itu Allah SWT.