Alhamdulilah..hari ini adalah hari pertama umat Islam berpuasa. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Bermulalah cabaran yang perlu dilalui.
Sebagai umat Islam , kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk beribadat. Lebih banyak peluang untuk kita sama-sama melakukan kebajikan di bulan yang mulia ini
Banyak perkara yang baik-baik boleh kita lakukan seperti bersedekah. Perbanyakkanlah bersedekah di bulan Ramadan ini. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan terutama infak kepada madrasah-madrasah yang memerlukan. Bantuan kepada fakir miskin juga jangan dilupakan.
Hari pertama, aktiviti Bazar Ramadhan rancak berjalan.Di Duyung Melaka, Bazar Ramadhan dibuka dengan kawalan SOP yang ketat dan terkawal. Macam-macam juadah berbuka puasa dijual di bazar ini. Kuih muih, buah-buahan, ayam golek serta pelbagai jenis nasi ada dijual di sini.Kebanyakan pelanggan yang datang adalah dari kawasan Taman Seri Duyung Sek 1, Taman Seri Duyung Sek 2 dan Sek 3. Namun ada juga yg datang dari Taman Desa Duyung dan juga Taman Desa Molek. Perumahan Aeam Ayer Molek juga menyumbang kepada kehadiran di bazar ini. Majoriti yang datang adalah beragama Islam. Tambahan pula dgn adanya Family Store dan pusat beli belah Duyung telah merancakkan lagi kehadiran pelanggan di sini.
Aktiviti di bawah dibuat sebelum Ramadan bermula