14/04/2021-Rabu-Hari ini masuk hari kedua umat Islam berpuasa.Ini bermakna semua aktiviti yang dijadualkan kena disesuaikan mengikut kehendak semasa. Bagi aku, sungguh seronok kerana dapat menjalani ibadah berpuasa. Semua aktiviti rutin dapat dilaksanakan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.
Pagi ni nak ke Hospital Melaka. Ada urusan temujanji. Maklumlah dalam usia sebegini kenalah buat rawatan berkala. Temujanji dengan doktor dilupa jangan. Ada aje rawatan yang perlu dibereskan. Penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan kolestrol perlu diberi perhatian. Tak boleh tidak.
Pukul 7.30 pagi dah mula banyak kenderaan.Di depan rumah banyak kereta lalu lalan di jalan raya. Ada yang nak pergi kerja, ada yang nak nak ke sekolah. Tidak ketinggalan juga ada yang nak ke pejabat. Jalan Pendamar di hadapan rumah sentiasa sibuk dengan kenderaan setiap masa. Pagi ni kena hantar budak ke sekolah. Tak jauh pun dari rumah. Kira-kira 50 m aje. Tapi kena hantar juga. Maklumlah banyak kenderaan.
Pada sebelah tgh pula kena pergi Balai Polis Kandang.Mohon kebenaran rentas negeri. Nak balik Batu Pahat, Johor. Alhamdulilah kebenaran diperolehi sebagaimana mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Lebih kurang pukul 3.00 ptg bertolaklah aku dari Ayer Molek ke Batu Pahat atas urusan rawatan hospital. Memang betul pun esok aku ada temujanji dgn doktor pakar. Aku merentasi roadblock kat Kesang iaitu sempadan Melaka -Muar. Di sini lah satu-satunya roadblock merentasi negeri iaitu Johor-Melaka.
Pukul 5.00 ptg sampailah aku ke distinasi yang dituju. Aku singgah di rumah TCP kejap. Lepas tu gi bazar Ramadhan di Peserai
Ini lah wajah baru kawasan Bazar Ramadhan anjuran Parlimen Parit Sulong. Nazai ini kelihatan lebih sistematik berbanding dengan tahun tahun sebelumnya.Ada tempat penyediaan kawasan masuk pelanggan dan laluan keluar pelanggan. SOP dipatuhi. Semua pengunjung dikehendaki scan gunakan MySejahtera atau tulis nama di samping merekodkan suhu badan. Selepas tu diminta cuci tangan. Inilah prosedur yang perlu dipatuhi semua orang.
Bazar Ramadan Peserai