Rmadhan 15

Hari ni 28 April 2021 bersamaan hari Rabu.Ini ramadhan yg ke 15.Pagi-pagi mesin rumput keliling rumah Long. Maklumlah dah semak. Kena bersihkan luar rumah. Takut ada binatang yg tidak diundang datang. Jadi kena kemas laman rumah. Tambah pula kawasan sekeliling dah mula semak. Mahu tak mahu kena mesin rumput. Selasai mesin pukul 10.00 pagi. Jadi dapat lah rehat sementara waktu sehingg pukul 1.30 tgh.

Pukul 2.30 ke Balai Polis Kandang.Mohon kebenaran rentas negeri. Nak balik Batu Pahat petang ni. Esok ada urusan perubatan di Hospital Batu Pahat.Kena isi borang dan kena ada dokumen sokongan. Alhamdulilah kebenaran rentas negeri dapat diperolehi. Semu urusan berjalan lancar.

Tepar pukul 3.00 ptg aku bertolak ke Batu Pahat menaiki Toyota CHR . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke TCP Simpang Lima. Perjananan kena melalui daerah Tangkak dan dikuti Muar. Melalui Parit Jawa dan jga Pekan Baru.

Jalan Muar-Batu Pahat

Ini lah keadaan jalan Muar Batu Pahat. Melalui AMJ ke Parit Jawa. Beginilah keadAn Pekan Pt Jawa.

Balai Polis Pt. Jawa

Sempat singgah Bazar Ramadhan di Pekan Baru. Sampai sini pukul 5.00 ptg. Pe gunjung tak ramai. Penjual pun tak ramai seperti hari ke Ramadhan. Mungkin berniaga kurang mendapat sambutan daripada pe duduk setempat. Pusing-pusing akhirnya singgah di gerai ketupat.Sempat beli set ketupat dan rendang dan lodeh serta ayam kari utk juadah berbuka puasa.

Gerai ketupat

 

Beginilah suasana di Bazar Ramadhan pekan Baru petang ini. Tak begitu ramai.

Jalan masuk Bazar Ramadhan Pekan Baru