Hari ini 1 Mei 2024 (hari Rabu) menghadiri rumah terbuka di Jalan Pendamar, Bukit Lintang Melaka. Majlis bermula pukul 1.00 tgh hingga 5.00 petang. Ramai tetamu yang hadir dalam majkis rumah terbuka ini.
Hari ini 1 Mei 2024 (hari Rabu) menghadiri rumah terbuka di Jalan Pendamar, Bukit Lintang Melaka. Majlis bermula pukul 1.00 tgh hingga 5.00 petang. Ramai tetamu yang hadir dalam majkis rumah terbuka ini.
Hari ni proses tambak tanah telah siap mengikut tempahan 150 lori. Harga 1 lori 6 tayar sebanyak RM100.00. Jadi 150 lori kosnya melibatkan RM15,000.00 perlu dibayar kepada kontraktor.
Sebelum PKP total lock down bermula, tambak tanah telah dpt disiapkan di Solok Jenuang
Beginilah keadaan tanah yang ditambak di Solok Jenuang. Masih dalam proses untuk meneruskan tambak supaya tanah menjadi rata dan projek boleh dimulakan kelak.
2 Mei 2021 Ahad-merupakan hari yang ke 20 Ramadhan. Alhamdulilah umat Islam berpuasa masuk hari yang ke 20. Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Aku masih di Melaka. Nak merentas negeri masih belum dibenarkan. Maklumlah pendamik Covid 19 semakin mengila. Data mereka yang positif Covid semakin naik. Jadi kenalah kita jaga kita. Kita masih belum menang. Ikut SOP yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Jangan langgar SOP. Buruk padahnya. Silap-silap nanti kena kompaun. Jumlahnya bukan sikit. Ada yang kena RM1,000.00. Malah kalau tak bernasib baik RM50,000.00. Tak berbaloi. Jadi janganlah langgar SOP yang telah ditetapkan
Hari ni sakit gaut berkurangan. Apa yg boleh dibuat utk pagi ni. Pagi ni pikul mesin rumput. Potong rumput sebelah rumah. Rumput semakin tinggi. Gagahkan juga utk buat kerja ni. Dari belakang potong rumput sampailH ke depan. Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 12.00 tgh. Akhirnya pendek jugalah rumput yang sekian lama ditinggalkan. Potong sebelah garaj kereya juga terpaksa buat sama. Alhirnya berjaya dibersihkan.
Hari terakhir berada di IPGKTHO pada Jun 2018. Ini adalah tamatnya perkhidmatan aku di IPGKTHO Batu Pahat setelah berkhidmat selama 38 tahun dlm perkhidmatan Malaysia.
Ketik terakhir pada mesin perakam waktu
Perjalanan keluar daripaada IPGKTHO
Bersalaman dgn Arman Jefri
Berjabat tangan dgn Adib Sulaiman Pengarah IPGKTHO
Barisan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
Berjalan menuju ke kereta MyVi
Bersalaman dgn staf IPGKTHO
Hari ni 28 April 2021 bersamaan hari Rabu.Ini ramadhan yg ke 15.Pagi-pagi mesin rumput keliling rumah Long. Maklumlah dah semak. Kena bersihkan luar rumah. Takut ada binatang yg tidak diundang datang. Jadi kena kemas laman rumah. Tambah pula kawasan sekeliling dah mula semak. Mahu tak mahu kena mesin rumput. Selasai mesin pukul 10.00 pagi. Jadi dapat lah rehat sementara waktu sehingg pukul 1.30 tgh.
Pukul 2.30 ke Balai Polis Kandang.Mohon kebenaran rentas negeri. Nak balik Batu Pahat petang ni. Esok ada urusan perubatan di Hospital Batu Pahat.Kena isi borang dan kena ada dokumen sokongan. Alhamdulilah kebenaran rentas negeri dapat diperolehi. Semu urusan berjalan lancar.
Tepar pukul 3.00 ptg aku bertolak ke Batu Pahat menaiki Toyota CHR . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke TCP Simpang Lima. Perjananan kena melalui daerah Tangkak dan dikuti Muar. Melalui Parit Jawa dan jga Pekan Baru.
Ini lah keadaan jalan Muar Batu Pahat. Melalui AMJ ke Parit Jawa. Beginilah keadAn Pekan Pt Jawa.
Sempat singgah Bazar Ramadhan di Pekan Baru. Sampai sini pukul 5.00 ptg. Pe gunjung tak ramai. Penjual pun tak ramai seperti hari ke Ramadhan. Mungkin berniaga kurang mendapat sambutan daripada pe duduk setempat. Pusing-pusing akhirnya singgah di gerai ketupat.Sempat beli set ketupat dan rendang dan lodeh serta ayam kari utk juadah berbuka puasa.
Beginilah suasana di Bazar Ramadhan pekan Baru petang ini. Tak begitu ramai.
Hari ini 16 April 2021 adalah hari Jumaat adalah Ramadan ke 4. Hari ni aku ziarah sepupu aku di Pt Medan Kundang Ulu Muar, Johor. Dia masih tidak sihat selepas menjalani pembedahan di perut dan juga di kaki. Tapi kelihatan beransur pulih berbanding sebelum ini.
Banyak juga perkara yang disembangkan setelah sekian lama tak berjumpa. Daripada perkara-perkara yang kecil kepada yang lebih besar.
Hari ini hari ke 13 Ramadhan umat Islam me unaikan ibadah puasa. Sedar -sedar dah masuk hampir separuh kita umat Idlam berpuasa.
Hari 14 Ramadhan amat mencabar bagi aku. Serangan gout telah menyebabkab pergerakan aku terhad. Aku tak dpt gi.ke kebun. Punyale sakit yg teramat sangat. Tak boleh.nak bergerak bebas. Terpaksa gunakan tongkat utk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Punya le sakit yg teramat sangat.
Petang ni menahan sakit. Tengok le mlm ni kalau tak berkurangan. Kena gi klinik lah.Klinik 24 jam ada di Bukit Katil. Harap-harap mlm ni doktor adalah.Jadi petang ni tak dptlah gi Bazar Ramadhan.Bazar Ramadhan kat sini ada kat Ayer Molek, Bazar Ramadhan Duyung dan juga Bazar Ramadhan Tambak Paya.Yang paling besar ialah Bazar Ramadhan Duyung.Kat sini sesak da kena patuh SOP. Jadi kena berbaris panjanglah.
Bazar Ramadan Tambak.Paya pula terletak kira-kira 7 km dari Ayer Molek.Bazar bersaiz kecil. Kalau tak nak sesak, bolehlah gi di bazar ini. Terkenal dgn menu nasi ambe g. Harga RM10.00 sebungkus.Ada mee, ikan kering, sambal goreng dan berlaukan ayam. Ayam kicap: ayam kari, ayam ungkep dan ayam masak merah. Itulah pilihan yg ditawarka di gerai nasi ambeng ini.
Satu lagi gerai ialah nasi ambeng meletop. Harga cuma RM7.00 sebungkus.Jadi adale pilihan. Nak yg murah RM7.00. Yang mahal RM10.00. Persekitaran di sini adalah org Jawa.Sbb itulah terkenal dgn nasi ambeng.
Sebelah malam selepas berbuka puasa aku bergegas ke Klinik 24 jam Bukit Katil Melaka. Pada malam ni ramai pula pelanggan datang ke Klinik ini. Aku datang untuk mendapat rawatan penyakit gout. Alhamdulilah selepas mendapat rawatan di klinik ini, rasa sakit aku beransur pulih. Balik sampai di rumah pukul 10.00 malam.
15/04/2021-Khamis-Hari ini adalah hari ke3 umat Islam berpuasa. Hari ini aku berada di TCP Batu Pahat.Pagi ini aku akan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Temujanji di Klinik Pakar 2 pukul 9.00 pagi.Ini adalah rawatan berkala yang setiap 3 atau 4 bulan aku kena berjumpa dgn doktor untuk memastikan kesihatan berada dlm keadaan baik.
Sebelum itu aku singgah dulu kat Muat Naik Maju Jalan Lo Piak Batu Pahat. Hantar kereta di Produa untuk diservice. Maklumlah dah 6 bulan belum diservice. Aku tinggalkan kereta MyVi di sini sementara aku ke hospital untuk temujanji yang dah diaturkan.
Kereta telah pun ditinggalkan kat Muat Naik Maju Produa. Chris Tiew Service Advicer kali ini memberitahu kos service RM263.50. Ini adalah kiraan basic service yang dibuat dari masa ke semasa. Setakat ini service di pusat service ini adalah berpatutan. Ada perkhidmatan menghantar pulang ke rumah. Jadi lebih kurang pukul 8.30 pagi aku dah dihantar pulang ke rumah di TCP
Pukul 9.00 pagi aku ada temujanji di Klinik Pakar 2. Jadi dengan menaiki JUA8698 aku terus bergegas ke Klinik Pakar 2. Aku dapati telah ramai pesakit luar menunggu giliran untuk menerima rawatan. Saringan Covid 19 perlu dibiat dengan mengimbas MySejahtera di pintu hadapan Hospital BP. Suhu diambil bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan suhu normal. Alhamdulilah aku telah melepasi saringan yang dilakukan ini
Aku telah masukkan kad dlm tempat yang disediakan. Sejak pukul 9.00 pagi aku dah berada di kaunter klinik pakar 2. Sehingga pukul 12.00 tgh no giliran aku masoh belum diperolehi. Kena le sabar menunggu. Kebetulan hari ni ramai pulak orang yang datang. Di sini lah kesabaran diperlukan. Kena le bersyukur kerana masih boleh datang untuk mendapat rawatan.
Aku mendapat no giliran 56. Ini kerana dokumen yg diperlukan kena rujuk kepada unit rekod. Bila aku masuk tempat menunggu rupa-rupanya no giliran semasa dah masuk ke no giliran yg ke-80.Apa nak buat.Terpaksalah terima seadanya. Akhirnya berjaya juga dpt berjumpa doktor pakar.Setelah berbincang dgn doktor bertugas, ubat yg biasa aku mkn telah ditukar kpd ubat DUODART 0.5 mg dutasteride da 0.4 mg tamsulosin
Jadi mkn sebiji tapi mengandungi 2 item 0.5 mg dutateride dan 0.4 mg tamsulosin. Ini betbandong kena mk 2 biji iaitu Avodart 0.5 mg da sebiji lagi 0.4 mh Kamiren XL.Tapi ubat ni kena beli sendiri di farmasi utk DUODART dgn harga RM220.00 utk 30 kapsul. Terpaksalah beli utk sementara waktu ini di farmasi swasta. Harap-harap ubat ini dpt menunjukkan kesan yg diharapkan.
Tepat pukul 2.00 ptg aku bertolak dari Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat ke rumah di TCP. Selepas semua kerja selesai, aku ambil kereta yg telah siap di Muat Naik Maju Produa.