Muar dengan Keunikan

Muar dengan Keunikan

Sarapan pagi dengan menu sate kedengaran agak janggal bagi penggemar makanan itu di kebanyakan kawasan lain, namun tidak bagi penduduk Muar yang terletak di utara negeri ini.

Juadah wajib itu amat mudah didapati seawal pagi bersama-sama nasi lemak atau kuih-muih yang lebih sinonim dengan pembuka selera masyarakat majmuk di negara ini, tetapi itulah unik­nya Muar yang berkeluasan lebih 2,300 kilometer persegi.

Makanan enak yang lain juga mudah didapati di daerah ini seper­ti asam pedas telur ikan mayong, mi bandung dan pelbagai lagi makanan tradisional masyarakat setempat termasuk kopi 434.

Muar juga terkenal   dengan  lukisan potret mural ‘The Loving Sisters’ yang tersergam indah dengan ke­tinggian 11.80 meter dan 9.75 meter lebar di Jalan Bakri yang turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai lukisan terbesar di negara ini pada Julai 2016.

Pengunjung boleh ke Dataran Tanjung Emas untuk menyelusuri Sungai Muar menaiki River Cruise .Pelbagai pemandangan indah yang dapat dinikmati oleh para pengunjung .

Pengunjung juga boleh menjelajah ke Donhu Jura­ssic Garden yang dibuka secara percuma kepada orang ramai untuk melihat replika dinasour yang pada asalnya hanya bertujuan untuk menghiasi kebun pokok semaian.

Di Pagoh  tidak jauh dari Muar pengunjung boleh melawat pusat semaian Tankok Leyong yang beroperasi sejak 1976 dan Ladang Herba Nasuha untuk mengetahui produk kesihatan di tapak sekitar ladang dan menikmati menu nasi beriani herba bersama-sama pelbagai jenis minuman kesihatan.

Pengunjung boleh ke  Galeri Darurat Bukit Kepong terletak kira-kira 35 kilometer dari Plaza Tol Pagoh .Banyak maklumat  bokeh diperolehi berkaiotan dengan sejarah negara kita  terutamanya pada zaman hitam negara diancam komunis yang pastinya menimbulkan rasa syu­kur, khususnya bagi generasi muda hari ini.

Peristiwa berdarah 68 tahun lalu itu kekal menjadi detik me­n­­­debarkan buat penduduk kam­pung ketika itu sehingga 25 anggota polis, isteri, anak dan penduduk lain terkorban apabila dikepung kira-kira 185 pengganas komunis pada 23 Februari 1950.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/keunikan-muar-gamit-pengunjung-1.605549#ixzz5VX0YpDTJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *