Ladang Herba Nasuha

 LADANG HERBA DAN REMPAH NASUHA  dikatakan ladang herba terbesar di Asia Tenggara dan Asia yang  dimiliki oleh Encik Nasuha bin Kasian. Kedudukannya terletak tidak jauh dari  Tol Pagoh (Plus).Lokasinya  terletak lebih kurang 3 km dari Tol pagoh dan 19 km dari bandar  Muar, Bandar Diraja.
 
Ladang ini mempunyai keluasan  3,200 ekar. Ladangnya berbukit dan ditanam dengan lebih dari 150 jenis pokok herba yang dikumpul dari seluruh dunia tanpa ada baja kimia dan racun. Setiap hari ladang ini boleh menghasilkan sekitar 6 – 10 tan metrik bahan herba dan rempah dan boleh menghasilkan lebih dari 100 produk herba yang sedia untuk dijual.Kualiti pemprosesan herba memang cukup dijaga untuk mengelakkan pencemaran dan mempertahankan nutrien serta kesegarannya.
 
Di kawasan ladang ini, terdapat ubat pengolahan herba, terdapat chalet, asrama, kabin yang diperbuat daripada kayu, dewan, seminar tempat, tempat kursus, perkhemahan tempat, ada tasik, kem latihan, restoran herba, rawatan herba dan rekreasi latihan. Di sini ada  disediakan 3 pakej untuk lawatan. Maklumat lanjut sila rujuk web ini http://www.nasuhaherbsparadise.com/index.html.

 

Foto RU2-Pekan

Foto Reunion 2 Maktab Perguruan Kuantan di Pekan, Pahang.;

&

;

 

Medan Ikan Bakar

Bila anda ke Muar, tidak sah kiranya anda tidak mengunjungi medan ikan bakar. Medan Ikan Bakar Sabak Awor menyediakan pelbagai masakan berasaskan hasil laut seperti ikan, sotong, ketam dan sebagainya.

Jangan lupa ya, pergilah ke Jalan Cahaya Sabak Awor Muar memang terkenal dengan hasil makanan laiut.

 

Informasi Medan Ikan Bakar

Klik pautan berikut

Blog pelanggan 1

 

 

Jalan-Jalan Cari Makan

Mee Bandung Muar

 

Sate Maharani

 

 

Mee Rebus Muar-Sarapan Pagi

 

Kopi 434

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto Alumni

Alumni Maktab Perguruan Kuantan

Assalammualaikan  ….

Tn. Hj dan Pn. Hjh

Gambar  almuni  yang ada  di laman web ini diambil dari dari profil WhatApps Group. Oleh itu tidak semua ahli group, ada gambarnya di galeri ini. Hanya gambar dan maklumat lengkap dapat diambil dan dimasukkan dalam galeri ini. Walaubagaimana pun sekiranya tuan/puan tidak selesa dengan kewujudan gambar di galeri ini, admin memohon maaf. Harap dapat maklumkan kepada admin untuk dipadam.

Sekian, harap maklum.

 

« 1 of 2 »

 

10 Tempat Menarik di Muar

Taman Tanjung Emas

1. Taman Tanjung Emas

Beralih kepada tempat menarik di Muar, jika anda berada di sekitar bandar Muar, anda boleh mulakan dengan berkunjung ke Taman Tanjung Emas. Sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar, pengunjung yang dapat menikmati pemandangan laut Selat Melaka. Replika durian gergasi (replika kebiasaan di sekitar bandar utama di negeri Johor) akan menyambut para pengunjung apabila mereka tiba di taman tersebut. Di sini terdapat sebuah medan selera yang menyajikan hidangan asam pedas yang sangat enak. Pengunjung juga dapat melakukan aktiviti riadah kerana pelbagai peralatan riadah disediakan di samping kemudahan awam yang lain. Persekitaran taman yang bersih dan nyaman ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga pada hujung minggu atau riadah petang.

Lokasi: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

 

Sungai Muar

2. Sungai Muar

Jika anda sudah ke Taman Tanjung Emas, tidak salah untuk anda mencuba aktiviti boat cruising di sepanjang Sungai Muar. Pembelian tiket boleh dibuat di Jeti Tanjung Emas. Tour yang mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam ini bermula di jeti tersebut dan akan menyusuri Sungai Muar. Sepanjang pelayaran, pengunjung dapat melihat Bandar Muar dari pandangan yang berlainan dan lebih istimewa. Pengunjung boleh menempah tour pada waktu petang apabila matahari hampir terbenam untuk menikmati pemandangan yang lebih indah. Selain itu, bagi yang ingin melihat kelipan kunang-kunang pada waktu malam, anda juga boleh membuat tempahan tiket di tempat yang sama. Namun begitu, anda hanya berpeluang untuk merasai pengalaman ini pada hari Sabtu atau Ahad sahaja.

Taman Tanjung Ketapang

3. Taman Tanjung Ketapang

Masih di kawasan sekitar, terdapat sebuah taman bernama Taman Tanjung Ketapang. Taman ini yang juga merupakan sebuah kawasan rekreasi mempunyai kawasan hutan bakau yang merupakan rumah kepada monyet dan pelbagai binatang liar lain yang tidak berbahaya kepada para pengunjung. Anda boleh bersiar-siar di dalam kawasan hutan bakau tersebut kerana terdapat landasan yang disediakan. Taman ini juga antara lokasi menarik untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam. Selain akitiviti riadah, penduduk tempatan juga selalu melakukan aktiviti memancing di sekitar taman ini.

Lokasi: Taman Tanjung Ketapang, Jalan Timbalan, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

 

Taman Herba Nasuha

4. Ladang Herba Nasuha

ika anda seorang yang gemar ke spa, anda boleh melawat Ladang Herba Nasuhayang terletak 19km daripada bandar Muar. Ladang yang berkeluasan lebih 1500 hektar ini mengandungi 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia. Ladang ini ada menjual produk tempatan seperti minuman herba teh di samping menjual produk rempah ratus yang lain kepada pengunjung. Keunikannya, anda juga boleh membuat aktiviti lain jika anda datang ke sini.

Selain penjualan herba dan rempah ratus, tempat ini ada menyediakan restoran dan spa herba yang sangat istimewa. Restoran yang menyajikan hidangan yang mengandungi herba segar dari ladang, akan memberi kepuasan dan keselesaan kepada pengunjung yang datang di samping suasana restoran yang elegan dan unik dengan lantainya yang dibuat dengan batu kecil refleksologi untuk tujuan kesihatan. Tambahan pula, ladang ini ada menyediakan perkhidmatan penginapan kepada para pengunjung. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu berkhemah atau menempah resort yang telah disediakan. Bagi yang ingin menjalankan aktiviti seminar atau kem motivasi, di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan dan bilik seminar di samping pakej aktiviti untuk melawat kawasan sekitar ladang dan aktiviti meredah hutan. Anda boleh melayari laman web mereka untuk keterangan lebih lanjut.

Lokasi: Batu 12, Jalan Muar Pagoh, 84500 Muar

 

Kolam Air Panas Sungai Gersik

5. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Antara tarikan unik lain di Muar ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik. Kolam ini yang terletak dekat dengan Pekan Parit Jawa, merupakan sebuah kolam air panas semula jadi. Kolam ini bersuhu antara 50-70 darjah Celsius dan dipercayai bagus untuk kesihatan para pengunjungnya. Akses percuma diberikan kepada para pengunjung tempatan mahupun luar. Persekitaran bersih yang dijaga dengan rapi dan perkhidmatan awam yang disediakan menjadikan kolam ini kawasan yang padat dan penuh dengan orang ramai pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Lokasi: J142, Kampung Sungai Gersik, Parit Jawa, 84150 Muar

 

Pantai Leka

6. Pantai Leka

Masih di sekitar luar bandar Muar, anda boleh berkunjung ke Pantai Leka yang terletak di Parit Jawa. Pantai yang mempunyai kampung nelayan ini menjanjikan pemandangan yang amat cantik terutamanya ketika matahari terbenam. Pantai Leka ini juga merupakan kawasan perlindungan burung di mana burung berhijrah. Syurga kepada yang suka mengambil gambar, Pantai Leka menjanjikan pemandangn kampung nelayan berlatarkan suasana matahari terbenam di samping spesis burung unik yang dapat dibuat koleksi yang sangat berharga. Terdapat juga kawasan hutan bakau yang kaya dengan hidupan liar. Dan jika anda lapar setelah penat seharian berjalan, anda boleh menikmati hidangan asam pedas (ya, masih lagi asam pedas) di medan selera di sini sambil menikmati bayu laut dan pemandangan Selat Melaka.

Lokasi: Jalan Jabbar, 84150 Parit Jawa

 

Jambatan Sultan Ismail

7. Jambatan Sultan Ismail

Dan jika anda masih di bandar Muar, anda boleh berkunjung ke Jambatan Sultan Ismail. Jambatan yang menghubungkan Tanjung Agas dan Bandar Maharani Muar ini mula dibuka untuk kegunaan orang awam pada 1967. Dirasmikan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur, jambatan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan untuk memancing. Kepada pengunjung, anda boleh menyewa basikal jika anda menginap di sekitar bandar dan mengayuh melalui jambatan ini untuk menghirup udara segar di bandar Muar.

Kepada penggemar sejarah lama Tanah Melayu, anda boleh berkunjung ke Balai Polis Bukit Kepong. Tapak balai polis yang kini dijadikan sebagai muzium terkenal dengan peristiwa bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 di mana pada waktu itu, berlaki pertempuran berdarah antara pengganas komunis dan polis tempatan yang dibantu oleh penduduk sekitar. Peristiwa bersejarah ini diabadikan sebagai muzium untuk generasi muda menghayati pengorbanan orang dahulu. Dan pada 23 Februari 2017, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar telah merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong.

 

Gunung Ledang

8.Gunung Ledang

Untuk penggemar aktiviti luar seperti aktiviti berkhemah atau mendaki gunung, anda boleh menuju ke Gunung Ledang. Gunung yang terkenal dengan kisah mistik Puteri Gunung Ledang ini menyediakan pengalaman akitiviti luar yang sangat menarik dan berlainan daripada gunung-gunung lain di Malaysia. Berketinggian 1,276m darip aras laut, pendakian biasanya mengambil masa 4 – 6 jam. Kepada yang berminat untuk mendaki Gunung Ledang, disarankan untuk anda membeli permit dan menempah guide terlebih dahulu. Selain aktiviti mendaki, anda boleh datang ke sini dan menikmati air terjun yang ada di kaki Gunung Ledang. Oleh itu, kawasan ini amat sesuai untuk anda beriadah bersama rakan-rakan anda sambil berbarbeku. Di samping itu, anda boleh melakukan aktiviti lain seperti berkhemah (tapak perkhemahan dan kemudahan awam lain disediakan), merentas hutan, dan lain-lain.

 

Masjid Sultan Ibrahim

9. Masjid Sultan Ibrahim

Kembali ke bandar Muar, terdapat beberapa lokasi yang menyediakan tarikan seni bina yang istimewa. Antaranya ialah Masjid Sultan Ibrahim yang terletak berdekatan dengan muara Sungai Muar. Masjid tertua di Muar ini mula dibina pada tahun 1890-an. Pada tahun 1930, bangunan masjid baru siap dibangunkan menggantikan bangunan lama. Reka bentuk masjid yang menggabungkan elemen Barat dan Timur Tengah menjadikan masjid ini sangat unik dan cantik persis Al-Hambra (Sepanyol). Untuk pengetahuan anda, masjid ini juga boleh dilihat jika anda berlayar dengan bot di Sungai Muar.

Lokasi: Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

 

Menara Jam Muar

10. Menara Jam Muar

Di samping itu, jika anda mencari kawasan tumpuan muda mudi di Muar, anda boleh berkunjung ke Menara Jam Muar. Menara yang dibina berasaskan seni bina Inggeris lama, terletak di Laman Maharani Padang Nyiru. Terdapat kawasan lapang yang menghijau di sekitarnya, anda akan dapat menikmati suasana nyaman di tengah bandar Muar sambil menikmati pemandangan air pancut dan bergaul dengan penduduk tempatan. Di kawasan sekitar, anda akan dapat melihat sejarah peninggalan penjajah melalui seni bina kedai yang unik dan tersendiri.

Lokasi: Jalan Yahya, Pekan Muar, 84000 Muar

Muar dengan Keunikan

Muar dengan Keunikan

Sarapan pagi dengan menu sate kedengaran agak janggal bagi penggemar makanan itu di kebanyakan kawasan lain, namun tidak bagi penduduk Muar yang terletak di utara negeri ini.

Juadah wajib itu amat mudah didapati seawal pagi bersama-sama nasi lemak atau kuih-muih yang lebih sinonim dengan pembuka selera masyarakat majmuk di negara ini, tetapi itulah unik­nya Muar yang berkeluasan lebih 2,300 kilometer persegi.

Makanan enak yang lain juga mudah didapati di daerah ini seper­ti asam pedas telur ikan mayong, mi bandung dan pelbagai lagi makanan tradisional masyarakat setempat termasuk kopi 434.

Muar juga terkenal   dengan  lukisan potret mural ‘The Loving Sisters’ yang tersergam indah dengan ke­tinggian 11.80 meter dan 9.75 meter lebar di Jalan Bakri yang turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai lukisan terbesar di negara ini pada Julai 2016.

Pengunjung boleh ke Dataran Tanjung Emas untuk menyelusuri Sungai Muar menaiki River Cruise .Pelbagai pemandangan indah yang dapat dinikmati oleh para pengunjung .

Pengunjung juga boleh menjelajah ke Donhu Jura­ssic Garden yang dibuka secara percuma kepada orang ramai untuk melihat replika dinasour yang pada asalnya hanya bertujuan untuk menghiasi kebun pokok semaian.

Di Pagoh  tidak jauh dari Muar pengunjung boleh melawat pusat semaian Tankok Leyong yang beroperasi sejak 1976 dan Ladang Herba Nasuha untuk mengetahui produk kesihatan di tapak sekitar ladang dan menikmati menu nasi beriani herba bersama-sama pelbagai jenis minuman kesihatan.

Pengunjung boleh ke  Galeri Darurat Bukit Kepong terletak kira-kira 35 kilometer dari Plaza Tol Pagoh .Banyak maklumat  bokeh diperolehi berkaiotan dengan sejarah negara kita  terutamanya pada zaman hitam negara diancam komunis yang pastinya menimbulkan rasa syu­kur, khususnya bagi generasi muda hari ini.

Peristiwa berdarah 68 tahun lalu itu kekal menjadi detik me­n­­­debarkan buat penduduk kam­pung ketika itu sehingga 25 anggota polis, isteri, anak dan penduduk lain terkorban apabila dikepung kira-kira 185 pengganas komunis pada 23 Februari 1950.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/keunikan-muar-gamit-pengunjung-1.605549#ixzz5VX0YpDTJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Foto Bandar Muar

Bandar Muar

« 1 of 2 »

 

Aturcara

 

ATURCARA REUNION

10.00-11.00 pagi    :  Pendaftaran/Tahlil/Doa Selamat
11.00 pagi  : Majlis bermula

  • Bacaan Doa
  • Lagu MPK
  • Persembahan Multimedia
  • Ucapan alu-aluan Oleh Pengerusi
  • Ucapan oleh wakil pensyarah
  • Penyampaian cenderamata
  • Jamuan tengah hari

1.00  tengahari :  Solat Zohor / Rehat
2.30 petang :  Menaiki Muar Rivet Cruise di Jeti Tanjung Mas

  • Minum Petang di Jeti Tiram

4.30 petang :  Balik ke Jeti Tanjung Mas

  • Sesi bergambar
  • Bersurai

 

Sumber:

WhatApps Group
Kemaskini pada:01/11/2018

 

Buku Program RU4(Perdana) 2019 MPK

Jawatankuasa

Aturcara