Stay At Home

Stay at home

Buat masa ni Printah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa. Fasa pertama PKP dari 18 Mac-31 Mac 2020. Fasa ini dianggap getir ketana pengalaman pertama merasai situasi ini. Pergerakan dihadkan. Pertambahan jangkitan Covid 19 mendadak.Fasa kedua adalah lanjutan Fasa pertama iaitu dari 1 April -15 April 2020. Fasa ketiga pula dari 15 April-28 April 2020. Semua rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan ini bagi tujuan membendung penularan Covid 19. Ini perlu bagi memastikan rantaian Covid 19 dapat diputuskan. Hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli keperluan harian.

 

Duduk di rumah memanglah bosan. Macam mana nak hikangkan bosan . Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi menghilangkan kebosanan. Misalnya ambil peluang ini untuk bermesra dengan ahli keluarga, anak-anak dan cucu-cucu. Aktiviti membaca boleh juga diamalkan dalam situasi begini. Membersihkan halaman rumah juga boleh digunakan ketika ini. Cuma kena jaga kebersihan diri dan rumah. Pastikan kita berada jarak sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain.

Stay at home merupakan cogan kata perlaksanaan PKP. Semua rakyat Malaysia perlu berada di rumah. Tidak dibenarkan keluar rumah tanpa sebarang tujuan. Jika nak keluar merentasi negeri, kebenaran Polis perlu diperolehi terlebih dahulu. Pada fasa 1 polis mengadakan sekatan jalan jalan raya. Dalam fasa3 , askar telah digunakan untuk membantu pihak polis melakukan sematan jalan raya. Tujuannya untuk mempastikan rantaian penularan Covid dapat diputuskan.

Data Covid 19 di Malaysia pada 23-04-2020

 

Kini 24 April 2020 umat Islam mula berpuasa. Ramadan pertama dalam PKP di mana setiap orang perlu menghadkan kawalan pergerakan. Ramadan pertama bulan ini berbeza dengan bulan tahu  tahun sebelumnya. Covid 19 perlu dibendung. Ini bukan masalah Malaysia sahaja malah seluruh dunia terkesan dengan wabak Covid 19 kali ini.

Ramadan kali ini sungguh amat berbeza sekali. Solat Tarawikh dilaksanakan di rumah.Bazar Ramadan ditiadakan. Kita kena reda dengan situasi ini.Memang hidup kita agak tidak selesa dengan perintah PKP tapi kita perlu akur dengan arahan ini. Masalah ini bukan masalah kita seorang, ini masalah sejagat. Semua orang perlu bekerjasama.Kita perlu menghargai barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid 19. Para doktor, jururawat bertungkus lumus di hospital menjalankan tugas. Begitu juga Pihak hospital dan kakitangan sokongan sebagai barisan hadapan bekerjasama tanpa mengenal penat lelah perlu kita hargai. Tidak ketinggalah pihak polis dan tentera yang mengawal keselamatan negara perlu kita hargai.Tidak ternilai  bakti yang ditabur oleh mereka.